Recent Posts

Wednesday 18 June 2014

Resepi Kek Banana Walnut Butterscotch

Rajinnya aku update blog ! hehe. Banyak masa terluang agaknya.
Pun sempat nak baking cake once again.

Kali ni banana walnut butterscotch. Memandangkan aku peminat pisang dan butterscotch. Ada sesetengah orang suka kek pisang ni dengan dengan salted caramel, well ini ikut selera tekak aku.
Kalau korang nak buat guna salted caramel pun boleh, takde masalah dan still sedap.

Untuk resepi kek aku ambil dari blog Cake2U
Resepi kek ni memang sedap sangat, gebu dan lembut.
Cuma biasalah aku sedikit menderhaka resepi. Maafkan saya. Tapi result masih sedap. Korang tak caye ? Tak caye trylah buat. :D

Untuk resepi butterscotch aku ambik resepi blog mana tak ingat, resepi mat saleh.
Untuk krim pulak aku buat resepi sendiri je.

Banana Walnut Cake 

(A)
250 g unsalted butter
180g gula castor
2 st esen vanilla - aku guna 1st je

(B)
4 biji telur (gred A)

(C)
4 biji pisang besar - aku guna 1 1/2 cwn pisang yang dilenyekkan

(D)

350g all purpose flour - aku guna superfine flour
4 st baking powder
1 st baking soda
sedikit garam - tak letak

(E)
6 sb plain yogurt / buttermilk- aku guna yogurt
1 cwn walnut- aku guna 2 cwn walnut

1. Panggang chopped walnut sampai masak lebih kurang 10 minit (panaskan oven sebelum panggang)
2. Mix bahan A sampai kembang dan putih. Kemudian tambah telur satu persatu.
3. Lecekkan pisang kemudian masukkan dalam adunan butter tadi
4. Masukkan bahan D sebanyak 3 kali masuk dan putar.
5. Tambah bahan E, bakar guna suhu 160 darjah celcius dan selama sejam atau sampai masak. Aku bakar guna 2 loyang. So masak bakar pun dalam 30 minit je.

Butterscotch Sauce 

1 cwn gula perang
50g butter
200ml dairy whipping cream

Panaskan butter sampai cair, kemudian masukkan gula perang.
Gula api kecik ye. Kemudian kacau sampai gula hancur.
Masukkan whipping cream dan kacau. Masa ni mungkin caramel tu mengelegak gitu. Jangan risau, teruskan kacau dan didihkan sebentar kemudian tutup api. Sejukkan

Untuk krim, aku guna cream cheese ye. Sebab aku memang suka cheese. Sedap dan berkrim disukai ramai. Hehe.
Kalau yang nak guna swiss meringue buttercream pun takde masalah. 

Cream Cheese Butterscotch

250g cream cheese - aku guna tatura
125g butter 
2 cwn fresh cream
3 sb icing sugar
4-5 sb butterscotch sauce 

1. Putar butter dan icing sugar sampai sebati. Masukkan cream cheese dan pukul sebati. Sebelum pukul butter dan cream cheese keluarkan dari peti sejuk letak kat luar suhu bilik dalam 15 minit barulah boleh pukul. 
Kalau satu di antara dua bahan tersebut berada pada suhu bilik (maksudnya tak sejuk langsung) bila pukul dan mix akan berketul dan tak licin.
 2. Bila dah dua bahan tersebut sebati bolehlah masukkan fresh cream dan pukul medium speed sampai licin dan agak sedikit kental.
3. Tambahkan sos butterscotch tadi dan pukul sebati.

Happy Baking ! 
  









Tuesday 17 June 2014

Resepi Spaghetti Carbonara Cheese

Resepi ni saje je buat. Nak penuhi permintaan mak aku. Jangan main-main. Mak aku punya taste Italian tau selain masakan Melayu. Kekeke.

Tekak aku tekak melayu je. Tapi kalu kena sogok masakan lain-lain aku telan je. Bukan berkira sangat asalkan dapat makan dan kenyang. Hmm masa mula-mula nak buat resepi ni aku dok lah mencari-cari resepi carbonara cheese kat google. 
Yelah, aku bukan terer pun masak masakan macam ni. Sebab aku tak minat, automatik aku pun tak reti masak makanan tersebut ye. 

Sebelum ni down sebab aku buat spaghetti bolognese yang bagi aku tak berapa sedap di tekak aku. Mungkin sebab aku tak pandai atau pun aku yang tak suka rasa dia. Entah aku pun tak tahu.

So kali ni aku try lah buat carbonara, lagi pun aku suka yang ada cheese ni. Aku pernah makan yang kakak aku buat, dia memang pandai masak masakan macam ni. Tapi aku tak suka rasa dia macam muak sangat, tapi tu dah lama lah. Masa tu aku belom pandai nak masak lagi, maklum lah muda belia lagi masa tu. Hihi

Untuk resepi kali ni aku cari la gak kat gugel kan, tapi tak semua tepati citarasa aku. Aku kan cerewet bab masak memasak ni, hehe. So bila dah hafal resepi apa semua aku buat ikut citarasa aku. Hasil yang memang tak mengecewakan. Sedap & very delicious bak kata omputih. 

Aku guna sos prego Cheese & Herb sebab aku mistaken masa nak beli, confuse sebab tak tahu yang mana satu untuk carbonara. Aku beli yang tin kuning ni. 

sebab masa tu takde tin warna biru yang untuk carbonara tu , so aku rembat je mana yang berkaitan. Lagipun bagi aku sedap kalau ada cheese ditambah lagi mak aku tak nak ada mushroom. Aku buat pekat ye. Baru syok

Jom tengok resepi. 

Setengah paket spaghetti - 250g
50g butter / minyak zaitun / minyak masak - aku guna butter
1 labu bwg besar - warna kuning tu , potong dadu
4 ulas bwg putih -ditumbuk
1 biji capsicum - aku lupa bak beli, warghh ! 
1 keping dada ayam - dihiris halus/dadu
10 ekor udang - ikut suka korang la nak letak byk mana
sosej- aku letak crab stick rolls
cendawan butang - aku tak letak mak aku tak suka
1 tin sos prego cheese & herbs 
2 cawan susu segar - aku guna full cream
1 1/2 st serbuk lada hitam 
1 sb serbuk oregano
3-5 keping slice cheese - aku guna 4 keping


1. Rebus spaghetti dengan sedikit garam n sedikit minyak. Bila dah lembut toskan dan ketepikan dulu. Kita buat sosnya pula ye.
2. Mula-mula cairkan butter , bila dah nak cair masukkan bawang besar dan bwg putih yang dah dipotong. Tumis sampai naik bau.
2. Masukkan hirisan ayam tadi , diikuti crab stick rolls. Kemdian barulah dimasukkan udang.
3. Masukan capsicum yang dah dihiris, serbuk lada hitam dan oregano. Kalau ada cendawan masuklah cendawan masa ni. Kacau rata.
4. Masukkan sos prego cheese & herbs. Guna api kecik tau dan selalu kacau. Takut nanti berketul. Kemudian masukkan  susu. Kacau sampai dia mendidih dan pekat. Lepas tu bolehlah masukkan cheese dan kacau sampai hancur. 
5. Masukkan garam gula ikut citarasa korang ye. Siap.


Hasil yang mebeles. Mak aku cakap sedap, kembang kempis hidungku ! Huhu





Chewy Gooey Brownies

Salah satu dessert yang paling sedap pernah aku pernah jumpa. lebih sedap dari kek coklat..

kalau dulu masa kecik2 memang gemarkan kek coklat..sebab tak reti nak baked kek lain selain dari kek coklat dan buttercake

lepas dah bertambah usia ke dewasa ni selera dah makin berubah..

dulu ingatkan brownies ni macam kek le..sebab yelah coklat kan.. yang heran pesal mcm tak naik je brownies nie.. bila dah try cuba baru lah tahu betapa sedap yang hamat brownies ni...tak cukup 2 3 ngap..tak brenti mengunyah..

aku suka teksture brownies ni sebab kenyal2 gitu.. yang bestnya bila mak aku yang tak berapa suka yang coklat2 ni berkali2 bukak peti dan makan brownies ni... siap request beberapa kali dah buat lagi lain kali..


oklah jom kita tengok resepi..ambil dari blog K.Zai
Thanks K.Zai for sharing this wonderful recipe


Chewy Gooey Brownies

125g butter
200g dark chocolate
3 biji telur -  guna 2 biji
1 ¾ cwn gula castor guna 1/2 cawan
1 tsp vanilla essence
1 ½ cwn tepung gandum (sifted)
1/3 cwn serbuk koko (sifted)
2 cwn kekacang - tak letak

1. Ayak tepung dan serbuk koko 
2. Cairkan coklat masakan dan butter sampai cair. Sejukkan dan ketepikan.
3. Dalam bekas lain , masukkan gula dan telur. Putar sampai kembang dan putih. 
    Kemudian masukkan coklat yang dah sejuk tadi kedalam. Pukul slow speed sampai sebati
4. Akhir sekali masukkan bahan tepung yang dah diayak ke dalam adunan. Cuma kaup balikkan sahaja sampai sebati.
5. Guna loyang 8x8 square pan. Bakar suhu 170 degrees celcius selama 30 minit.


Bila dah masak aku terus cut the brownies sebab kalau cut bila dah sejuk permukaan brownies jadi tak cantik dan retak. kita nak tengok brownies yang berkilat dan cantik cuttingnya..